jawatan-kosong-kerajaan-negeri-perak

Jawatan Kosong Kerajaan Perak Malaysia

Posted on

Jawatan Kosong Kerajaan Perak Malaysia – Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia.

Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Negeri Perak bersempadanan dengan negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang di sebalah barat darat; Kelantan di sebelah timur laut; Pahang di timur, dan tenggara; Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri Perak juga bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (atau Wilayah Yala), di utara dan Pulau Sumatera, Indonesia di barat daya.

SEJARAH PENTADBIRAN

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perak – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1948 melalui Perjanjian Perak di antara Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah dengan Sir Gerard Edward J. Gent pada 21 Januari 1948.

Melalui perjanjian ini, satu undang-undang perlembagaan Perak telah dibentuk pada 1 Februari 1948.

Perlembagaan ini menggariskan hak-hak dan kuasa Sultan serta memperuntukkan satu pentadbiran Kerajaan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri sebagai badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Sultan di dalam menjalankan tugasnya.

Perlembagaan ini memperuntukkan perlantikan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri dengan kuasa pelantikannya oleh Sultan.

Ketiga-tiga ahli ex-officio ini bersama dua lagi ahli ex-officio yang lain iaitu Penasihat British dan Penasihat Undang-undang, adalah merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan mempunyai seorang ahli rasmi.

Majlis Mesyuarat Negeri pula terdiri daripada Menteri Besar sebagai Presiden dan empat orang ahli ex-officio iaitu Penasihat British, Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mempunyai 10 orang ahli rasmi dan 19 orang ahli tidak rasmi.

Menteri Besar Perak yang pertama dilantik (sebelum Merdeka) ialah Tuan Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Che Ahmad bin Osman.

Fungsi Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak ialah merancang, menggerak, mengurus, menyelaras, dan mengawal semua jentera pembangunan ekonomi dan sosial negeri melalui perkhidmatan yang bersih, cekap, dan amanah.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak juga menentu dan menyelaraskan perlaksanaan dasar mengenai aktiviti-aktiviti negeri meliputi perancangan dan pembangunan, keselamatan, aktiviti-aktiviti Jabatan Kerajaan, badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan Negeri, perkhidmatan kakitangan, dan hal ehwal lain dalam negeri.

Sejarah Kerajaan Negeri Perak

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak.

Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak.

Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu.

Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.

Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528.

Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa.

Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar.

Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka.

Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut.

Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.

Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l.

Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.

Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948.

Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil.

Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata.

Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.

Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris.

Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut.

Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.

Pautan : perak.gov.my

Kerajaan Negeri Perak atau Perak Darul Ridzuan telah berkembang dalam memenuhi cabaran dan tuntutan masyarakat.

Dalam usaha meningkatkan kualitas Pelayanan di Malaysia, Kerajaan Negeri Perak atau Perak Darul Ridzuan mementingkan tenaga kerja sebagai sebahagian tulang belakang untuk mencapai misi dan visinya.

Untuk itu Kerajaan Negeri Perak atau Perak Darul Ridzuan mencari pemuda – pemudi terbaik yang sangat cekap dan bermotivasi diri untuk mengisi Iklan jawatan kosong terkini 2020.

Dalam rangka memperluaskan jaringan jobs jawatan kosong terkini September 2020 dan untuk memenuhi keperluan sumber daya manusia Kerajaan Negeri Perak atau Perak Darul Ridzuan di Jawatan Terkini kedudukan : PELUANG KERJAYA JAWATAN KOSONG

Pada hari ini Kerajaan Negeri Perak atau Perak Darul Ridzuan kembali membuka kesempatan berkarir atau membuka Iklan Jawatan Kosong Terkini September 2020 untuk lulusan terbaru dengan kelayakan sebagai berikut :

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perak


Peluang Kerja Kosong :

Jawatan Kosong Kerajaan Perak Malaysia

Jawatan Kosong Kerajaan Perak Malaysia Terkini Kerja Kosong Malaysia Singapore Kilang Kuching Johor Kerani Kerajaan Berkanun Bank Swasta Jobs Vacancy

Jobs Vacancy :

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan Perak dibawah ini:

 

  1. PEMANDU KENDERAAN
  2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
  3. PEMBANTU VETERINAR
  4. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR
  5. PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA
  6. PEN. PEG. KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

 

Company
Name
Kerajaan Negeri Perak
Same as (Website / Social Media)
Job Location
Street
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Postal Code
30100
Locality
Ipoh
Country ISO Code
MY
Region ISO Code
A
Salary
Unit
Monthly
Currency ISO Code
MYR
Value
0.00
Job Meta
Employment Type
Full Time
Valid Through
30.09.2015

 

Catatan :

# Tarikh tutup Jawatan Kosong ini : 30 September 2015

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak Malaysia.

 

Jika anda berminat dengan jawatan kosong terkini September 2020 ini yaitu yang memberikan maklumat kepada anda tentang : Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perak,

Silakan hantar Sebarang Lamaran via POS/KURIR ke alamat dibawah ini :

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

 

Pautan : Jobs Negeri Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *