jawatan-kosong-lembaga-tabung-haji

Jawatan Kosong Tabung Haji Malaysia

Posted on

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia, KUALA LUMPUR – LTH ialah singkatan bagi Lembaga Tabung Haji. Sebelum ini, LTH dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau LUTH di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun.

Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.

Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji serta memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit – pendeposit atas wang simpanan mereka.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas – lunas Islam.

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit.

Tabung Haji komited memberi perkhidmatan cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian Tabung Haji yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif.

Pautan : tabunghaji.gov.my

Lembaga Tabung Haji Malaysia telah berkembang dalam memenuhi cabaran dan tuntutan masyarakat. Dalam usaha meningkatkan kualitas Hasil Dalam Negeri yang ada di Malaysia, Lembaga Tabung Haji Malaysia mementingkan tenaga kerja sebagai sebahagian tulang belakang untuk mencapai misi dan visinya.

Untuk itu Lembaga Tabung Haji Malaysia mencari pemuda – pemudi terbaik yang sangat cekap dan bermotivasi diri untuk mengisi Iklan jawatan kosong terkini 2020.

Dalam rangka memperluaskan jaringan jobs jawatan kosong terkini Januari 2020 dan untuk memenuhi keperluan sumber daya manusia Lembaga Tabung Haji Malaysia di Jawatan Terkini kedudukan : PELUANG KERJAYA JAWATAN KOSONG

Pada hari ini Lembaga Tabung Haji Malaysia kembali membuka kesempatan berkarir atau membuka Iklan Jawatan Kosong Terkini Bulan Januari 2020 untuk lulusan terbaru dengan kelayakan sebagai berikut.

Senarai Jawatan Kosong Tabung Haji Terkini


Peluang Kerjaya :

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia Terkini Kerja Kosong Malaysia Singapore Kilang Kuching Johor Kerani Kerajaan Berkanun Bank Swasta Jobs Vacancy

Job Vacancy :

1. Ketua Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan/Perakaunan/Perniagaan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Calon-calon yang mempunyai kelayakan profesional adalah diutamakan; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun termasuk lima (5) tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Dana Pendapatan Tetap dan tiga (3) tahun dalam bidang Analisa Kredit;

 

Keutamaan:

  • Berpengalaman dalam Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap;
  • Berpengetahuan dan berkeupayaan dalam menganalisa trend makroekonomi global, sektor-sektor ekonomi utama, dinamik pasaran Kewangan;
  • Berpengetahuan dalam garis panduan berkaitan pasaran Kewangan dan sektor Korporat termasuk termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Akta Syarikat dan lain-lain;
  • Berkemahiran dalam menganalisa penyata kewangan dan membina model penyata kewangan;
  • Mempunyai daya kepimpinan yang baik dan berpengalaman dalam memimpin pasukan;
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan kerja berpasukan yang baik, pro aktif, bermotivasi tinggi dan berintegriti;
  • Mahir berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  • Mempunyai pengalaman baik dalam Pengurusan Sumber Manusia.

 

TANGGUNG JAWAB

  • Merangka dan melaksana strategi pelaburan berkaitan Pelaburan Pendapatan Tetap;
  • Memimpin anggota di bawah seliaan terutama Pengurus-Pengurus Dana Pendapatan Tetap dalam merangka dan melaksanakan strategi pelaburan;
  • Menyelia keseluruhan aktiviti Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dan memastikan Portfolio Pendapatan Tetap selari dengan polisi dan prosedur termasuk penjanaan pendapatan TH bagi portfolio berkaitan;
  • Memastikan pemantauan ke atas syarikat-syarikat pelaburan melalui analisa kredit dan kawal selia ditahap yang baik;
  • Berurusan dengan pihak luar seperti agensi-agensi penarafan, institusi-institusi kewangan atau bank-bank berkaitan;
  • Memberi pandangan kepada pihak Pengurusan TH berkenaan analisa ekonomi yang memberi impak penting kepada pelaburan semasa;
  • Sentiasa peka dengan perubahan dinamik makroekonomi, politik dan polisi Kewangan tempatan dan antarabangsa;
    Mengurus hal ehwal sumber manusia di Bahagian Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dan melibatkan diri dalam perkara berkaitan inisiatif-inisiatif sumber manusia.

 

2. Pengurus Kanan Pematuhan dan Semakan Syariah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan pengkhususan dalam Fiqh dan Usul Fiqh, Fiqh Muamalat atau
  • Perundangan Komersil Islam dengan kepujian dari Universiti-Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai sekurang-kurang tujuh (7) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan Kewangan Islam/ Undang-Undang Komersial Islam seperti Perbankan Islam, Pasaran Modal Islam dan sebagainya.

 

Keutamaan:

  • Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan baik;
  • Berpengetahuan dalam Perundangan Islam dan Sistem Kewangan Islam;
  • Berpengetahuan dalam rangka kerja pengawalseliaan Kewangan Negara;
  • Berpengetahuan mengenai resolusi syariah (pandangan syariah) yang dikeluarkan oleh badan pengawalseliaan kewangan Islam seperti Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC);
    Berkemahiran dalam penyelidikan;
  • Mempunyai interpersonal yang cemerlang, pro aktif, berdisiplin dan motivasi tinggi dalam meningkatkan prestasi kerja;
  • Mampu bekerja di bawah seliaan yang minimum;
  • Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi-aplikasi Microsoft Office.

 

TANGGUNG JAWAB

  • Membangunkan dan menyediakan kerangka/prosedur Amalan Semakan Syariah TH. Ini termasuklah menyemak semula amalan/ prosedur tersebut sekiranya perlu untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa;
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kawalan dalaman Syariah TH. Unit Pematuhan dan Semakan Syariah akan menjalankan semakan berkala mengenai perniagaan, perkhidmatan, transaksi dan operasi Kumpulan TH untuk memberi jaminan bahawa ianya mematuhi prinsip Syariah;
  • Mengurus dan merancang aktiviti semakan berkala kelulusan Syariah pasca-transaksi. Ini termasuklah mewujudkan polisi/prosedur/garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti Semakan Syariah untuk Kumpulan TH;
  • Mewakili Bahagian Syariah dalam melaksanakan aktiviti Semakan dan Pematuhan Syariah sebagaimana yang termaktub di dalam Perancangan Semakan Syariah bagi tahun yang berkaitan;
  • Menyediakan laporan berkala semakan Syariah yang akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Lembaga Pengarah dan pihak-pihak yang berkaitan seperti yang ditetapkan dalam Dasar Amalan Urus Tadbir Syariah;
  • Membantu Pengurus Besar Syariah dalam mengemukakan pendapat dari perspektif pematuhan Syariah berhubung aspek perniagaan dan operasi Kumpulan TH yang dibangkitkan oleh pihak Pengurusan. Ini dilakukan selaras dengan aktiviti Semakan Syariah yang berkesan;
    Membantu Bahagian Syariah menyediakan program Latihan yang berkaitan Syariah berhubung dengan Pematuhan dan Semakan Syariah;
  • Menjalankan penyelidikan berhubung dengan Pematuhan Semakan Syariah;
  • Membantu Bahagian Syariah mentakrif, membangun dan menyemak semula Dasar Amalan Urus Tadbir Syariah TH
  • secara berkala melalui garis panduan, dasar, prosedur, dan lain-lainnya yang berkaitan.

 

Company
Name
Lembaga Tabung Haji Malaysia
Same as (Website / Social Media)
Job Location
Street
Jalan Tun Razak
Postal Code
50450
Locality
Kuala Lumpur
Country ISO Code
MY
Region ISO Code
W
Salary
Unit
Monthly
Currency ISO Code
MYR
Value
0.00
Job Meta
Employment Type
Full Time
Valid Through
07.01.2018

 

Catatan :

# Tarikh tutup Jawatan Kosong ini : 07 Januari 2018

Jika anda berminat dengan jawatan kosong terkini Bulan Januari 2020 ini yaitu yang memberikan maklumat kepada anda tentang : Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji Malaysia,

Sila hantar Sebarang Lamaran SECARA TALIAN (ONLINE) di laman sesawang dibawah ini.

 

Pautan : Tabung Haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *